Monday, February 26, 2007







Salam,



Kota Kinabalu, Sabah...insya Allah aku dengan isteri akan ke sana pada pertengahan April untuk berbulan madu. ini kali pertama aku dan isteri akan ke sana. Walaupun sudah hampir 9 bulan berkahwin tetapi aku dan dia masih belum pernah pergi bercuti bersama lagi.



Kekadang kesian jugak aku pada dia, ialah sebelum berkahwin dulu aku selalu berjanji menyatakan bahawa seepas berkahwin aku akan bawa dia berjalan-jalan dan bercuti bersama-sama.



Tiket penerbangan telah ditempah walaupun cuma menaiki penerbangan kos rendah tapi cukuplah untuk kami berdua sampai di sana jika tiada aral dan restuNya.



Hanya penginapan saja yang belum dicari, tapi menurut rakan-rakan yang pernah ke sana tiada masalah.



Aku pernah ke KK sebelum ini, sewaktu sebagai penuntut di IPT itupun di atas tiket universiti. Di sana rasanya tempat yang akan menjadi kesukaan isteriku sudah pastinya Pasar Philiphine yang senantiasa riuh dengan barangan yang pelbagai.



Dan aku senantiasa mengingatkan Anjung Senja yang begitu indah panoramanya, tempat santai anak muda-mudi minum petang bersama kawan-kawan sambil menikmati kecantikan laut cina selatan.



KK...indah sungguh bumi ciptaan Tuhan.

No comments: