Tuesday, February 27, 2007




Salam,


seharian berada di ofis memang membosankan, kekadang aku pun hairan macamana aku boleh menghabiskan seharian di meja kerja sedangkan ada juga pekerjaan lain yang sama boleh mendatangkan pendapatan bulanan dan boleh juga menampung keluarga.


mendengar petikan pagi di radio kata-kata dr fadhilah kamsah ada benarnya juga...


tanggungjawab memaksa untuk bekerja di meja ofis, jadinya aku harus menceriakan meja ofis untuk menghilangkan kebosanan bekerja?


dan sesungguhnya apabila memperolehi gaji duit tersebut sudah tersedia senarai panjang liabiliti yang harus diselesaikan?


adoiii...indahnya kalau pemandangan di ofis seperti gambar di atas kan?

Monday, February 26, 2007







Salam,



Kota Kinabalu, Sabah...insya Allah aku dengan isteri akan ke sana pada pertengahan April untuk berbulan madu. ini kali pertama aku dan isteri akan ke sana. Walaupun sudah hampir 9 bulan berkahwin tetapi aku dan dia masih belum pernah pergi bercuti bersama lagi.



Kekadang kesian jugak aku pada dia, ialah sebelum berkahwin dulu aku selalu berjanji menyatakan bahawa seepas berkahwin aku akan bawa dia berjalan-jalan dan bercuti bersama-sama.



Tiket penerbangan telah ditempah walaupun cuma menaiki penerbangan kos rendah tapi cukuplah untuk kami berdua sampai di sana jika tiada aral dan restuNya.



Hanya penginapan saja yang belum dicari, tapi menurut rakan-rakan yang pernah ke sana tiada masalah.



Aku pernah ke KK sebelum ini, sewaktu sebagai penuntut di IPT itupun di atas tiket universiti. Di sana rasanya tempat yang akan menjadi kesukaan isteriku sudah pastinya Pasar Philiphine yang senantiasa riuh dengan barangan yang pelbagai.



Dan aku senantiasa mengingatkan Anjung Senja yang begitu indah panoramanya, tempat santai anak muda-mudi minum petang bersama kawan-kawan sambil menikmati kecantikan laut cina selatan.



KK...indah sungguh bumi ciptaan Tuhan.

Thursday, February 22, 2007




Salam...




ahad lepas aku dan isteri berpeluang menonton persembahan dari adik-adik junior KTR buat pertunjukan di Istana Budaya, dah lama budak-budak senior macam aku teringin nak buat persembahan di IB tapi tak berkesempaian namun adik-adik junior telah diberi kesempatan dan aku sebagai senior turun memberikan sokongan.




'perkahwinan' adaptasi karya luar namun diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat kita yang pelbagai rencah kehidupan. bagaimana tuan ahmadin kesepian dan meminta bantuan seorang pencari jodoh che' kiah yang juga merupakan seorang anak dara tua.




che kiah juga pada waktu yang sama sedang mencari jodoh bagi cik ros fatimoh seorang anak dara tua juga tapi tinggal bersama mak sunya.




termasuk tuan ahmadin ada tiga lagi calon-calon lain yang sama tujuannya dan juga berkenaan terhadap cik ros fatimoh.




tuan ahmadin mempunyai seorang kawan bernama tuan karim, tetapi tuan karim tidak berapa berkenan dengan che kiah kerana perihal 'kerana pulut santan binasa'.




cik ros fatimoh dan mak sunya itu bolehlah dikatakan dari golongan ada-ada ( berada ) dan mereka juga mempunyai seorang pembantu rumah.




ceritanya berkisar dari saat proses mencari jodoh oleh tuan ahmadin dengan bantuan che kiah, kemudiannya diketahui oleh tuan karim dan perjumpaan di aturkan olehche kiah agar cik ros fatimoh dipertemukan dengan ke-empat-empat calon suaminya.




bersambung...

Thursday, February 08, 2007

Kesahnya...sekadar mengikuti arus perdana, blog ini sekadar untuk bersuka-suka sahaja...insya Allah jika ada sesuatu yang menarik akan aku ikhtiarkan agar kalian tidak bosan menatapnya. Khuatir tidak perlu sama sekali kerana sisipan aku sekadar kepuasan aku sendiri...komentar dan bicara juga akan aku ambil perhatian agar perjalanan blog ini dapat memuaskan semua pihak. Wassalam.