Tuesday, December 09, 2008


Salam,


pada oktober lepas kami berjaya juga akhirnya mempersembahkan sebuah Dekon di UPSI. Fuh, lega rasanya bila semuanya telah selesai, penat lelah ketika latehan dan persiapan akhirnya berhasil.


dekon Hitam mulanya dipentaskan semasa pertandingan Dekon MAKUM pada 2001 di UMS, Sabah. hasil dari pendekon sendiri. kisah antara yang kebiasaannya sering diketahui umum, sifat kelembutan seorang gadis, keterbukaan seorang dara dan rakusnya seorang jantan.


insan senantiasa lupa adakalanya kuasa lain selain kita...

Monday, February 04, 2008




Salam,




sudah lama tak bercoretan kita di laman ini, aku rasa sudah sampai masanya untuk blog aku ini dibuka kembali dan dipenuhi semula dengan catatan baru.




terlalu banyak cerita yang mengisi ruangan akhbar kini, dari cerita sayu pilu hingga ke cerita sensasi yang amat tinggi.




semuga apa jua peristiwa yang bakal berlaku, agar ianya dapat memberikan kita semua ini satu harapan yang dunia ini maseh lagi boleh diduduki.

Sunday, April 22, 2007

hehehe, berbulan tak update blog...macamni punya pemalas ada ka? aku dah lebih seminggu balik dari KK bercuti bersama wife. kami sampai di KK pada 13hb April lebih kurang pukul 10.30 pagi. penerbangan yang aku rasa agak meletihkan. kami bertolak dari taman melati sewal pukul 5 pagi dengan teksi sewa dari taman melati, gombak ke terminal LCC.
sampai di KK aku telefon hotel D'Borneo berdasarkan pamplet yang aku capai semasa turun mengambil 'luggage'. satu malam cuma RM 155 nett. kami ke kaunter teksi lapangan terbang meminta dihantar ke hotel. bayaran RM 20.00 dan perjalanan dalam lebih kurang 15-20 minit.
sesampai di hotel aku terus check in, kami berhat sekadar melepaskan lelah, hendak makan tengahari masih terasa kenyang...
lupa bahawa di KK siangnya sejam lebih awal di semenanjung, maksudnya kalau di semenanjung zohor pada waktu 1.30 tengahari, di KK (sabah amnya) 12.30 tengahari sudah masuk waktu zohor.
memandangkan hari jumaat dan aku tidak bercadang pergi berjalan-jalan ke mana-mana lagi pada hari itu, aku cadangkan kepada wife untuk pergi menonton wayang di bandar KK. menarik bukan, sewaktu di KL tiada kesempatan tetapi di KK pula ada waktu terluang dan Jangan Pandang Belakang jadi tontonan.
tiket berharga RM 6.00 seorang semasa membeli aku ditanya untuk kelas 1 atau biasa? terasa seperti di KB semasa panggung wayang LIDO masih ada.
selesai menonton, kami pulang ke hotel dan petangnya masih belum dirancang. nasib baik wife tidak membebel kerana kami telah berjanji bahawa dia kan membeli tiket sementara aku settlekan penginapan.
dan seterusnya ...bersambung

Monday, March 26, 2007


Salam,

dah lama tak menulis sampai tak berapa reti nak karang apa... sekarang aku agak kesibukan di ofis. Memang semenjak berpindah ke ofis baru terasa lebih banyak perkara yang perlu dibuat pula.

Insya Allah seperti mana dalam perancangan, pertengahan bulan depan aku akan ke KK. Hotel belum booking lagi! Tiket telah di ambil, penerbangan murah serendah 0.90 sen, Ishhh macam iklan pula.

adiosss...

Tuesday, February 27, 2007




Salam,


seharian berada di ofis memang membosankan, kekadang aku pun hairan macamana aku boleh menghabiskan seharian di meja kerja sedangkan ada juga pekerjaan lain yang sama boleh mendatangkan pendapatan bulanan dan boleh juga menampung keluarga.


mendengar petikan pagi di radio kata-kata dr fadhilah kamsah ada benarnya juga...


tanggungjawab memaksa untuk bekerja di meja ofis, jadinya aku harus menceriakan meja ofis untuk menghilangkan kebosanan bekerja?


dan sesungguhnya apabila memperolehi gaji duit tersebut sudah tersedia senarai panjang liabiliti yang harus diselesaikan?


adoiii...indahnya kalau pemandangan di ofis seperti gambar di atas kan?

Monday, February 26, 2007







Salam,



Kota Kinabalu, Sabah...insya Allah aku dengan isteri akan ke sana pada pertengahan April untuk berbulan madu. ini kali pertama aku dan isteri akan ke sana. Walaupun sudah hampir 9 bulan berkahwin tetapi aku dan dia masih belum pernah pergi bercuti bersama lagi.



Kekadang kesian jugak aku pada dia, ialah sebelum berkahwin dulu aku selalu berjanji menyatakan bahawa seepas berkahwin aku akan bawa dia berjalan-jalan dan bercuti bersama-sama.



Tiket penerbangan telah ditempah walaupun cuma menaiki penerbangan kos rendah tapi cukuplah untuk kami berdua sampai di sana jika tiada aral dan restuNya.



Hanya penginapan saja yang belum dicari, tapi menurut rakan-rakan yang pernah ke sana tiada masalah.



Aku pernah ke KK sebelum ini, sewaktu sebagai penuntut di IPT itupun di atas tiket universiti. Di sana rasanya tempat yang akan menjadi kesukaan isteriku sudah pastinya Pasar Philiphine yang senantiasa riuh dengan barangan yang pelbagai.



Dan aku senantiasa mengingatkan Anjung Senja yang begitu indah panoramanya, tempat santai anak muda-mudi minum petang bersama kawan-kawan sambil menikmati kecantikan laut cina selatan.



KK...indah sungguh bumi ciptaan Tuhan.

Thursday, February 22, 2007




Salam...




ahad lepas aku dan isteri berpeluang menonton persembahan dari adik-adik junior KTR buat pertunjukan di Istana Budaya, dah lama budak-budak senior macam aku teringin nak buat persembahan di IB tapi tak berkesempaian namun adik-adik junior telah diberi kesempatan dan aku sebagai senior turun memberikan sokongan.




'perkahwinan' adaptasi karya luar namun diterjemahkan dalam kehidupan masyarakat kita yang pelbagai rencah kehidupan. bagaimana tuan ahmadin kesepian dan meminta bantuan seorang pencari jodoh che' kiah yang juga merupakan seorang anak dara tua.




che kiah juga pada waktu yang sama sedang mencari jodoh bagi cik ros fatimoh seorang anak dara tua juga tapi tinggal bersama mak sunya.




termasuk tuan ahmadin ada tiga lagi calon-calon lain yang sama tujuannya dan juga berkenaan terhadap cik ros fatimoh.




tuan ahmadin mempunyai seorang kawan bernama tuan karim, tetapi tuan karim tidak berapa berkenan dengan che kiah kerana perihal 'kerana pulut santan binasa'.




cik ros fatimoh dan mak sunya itu bolehlah dikatakan dari golongan ada-ada ( berada ) dan mereka juga mempunyai seorang pembantu rumah.




ceritanya berkisar dari saat proses mencari jodoh oleh tuan ahmadin dengan bantuan che kiah, kemudiannya diketahui oleh tuan karim dan perjumpaan di aturkan olehche kiah agar cik ros fatimoh dipertemukan dengan ke-empat-empat calon suaminya.




bersambung...